My Add

Thursday 21 March 2013

Enggan mohon maaf, bukti Koo Ham angkuh

IPOH, RABU, 20 Mac, 2013: Keengganan Pengerusi DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham memohon maaf kepada masyarakat India walaupun menerima desakan pelbagai pihak membuktikan keangkuhan pemimpin pembangkang itu.

Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cawangan Ipoh Barat, V. Subramaniam berkata, kenyataan biadab Koo Ham menerusi Twitter yang menggambarkan undi masyarakat India boleh dibeli dengan sogokan wang dan minuman keras jelas memperlekehkan kaum tersebut.

Kenyataan berbaur penghinaan itu katanya, telah membuka mata kaum India di negara ini bahawa mereka hanya dijadikan sebagai kuda tunggangan parti itu untuk mencapai cita-cita politik DAP.

‘‘DAP selama ini hanya menggunakan orang India sebagai senjata semasa pilihan raya. Mereka sebenarnya tidak pedulikan langsung tentang kebajikan kaum ini tetapi hanya jadikan sebagai kuda tunggangan untuk parti itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment