My Add

Tuesday 19 March 2013

ESSCOM: ATB tidak akan tinggalkan kawasan operasi

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
LAHAD DATU, ISNIN, 18 Mac, 2013: Ops Pasir yang dilaksanakan Angkatan Tugas Bersama (ATB) di perairan Kudat hingga Tawau sejak 13 tahun lalu, akan tetap dilaksanakan meskipun kerajaan akan menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pihaknya tidak akan meninggalkan kawasan itu cuma operasi tersebut akan diselaraskan bersama pasukan keselamatan lain.

"Ops Pasir tetap diteruskan, malah baru-baru ini Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan untuk menempatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di bawah Angkatan Tentera Malaysia untuk menyelaraskan aset-aset maritim yang beroperasi di Sabah," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment