My Add

Tuesday 26 March 2013

ESSZONE bukan pengisytiharan darurat: PM

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Mac, 2013: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan ESSZONE bukan satu pengisytiharan darurat dan ia tidak akan menghalang proses pilihan raya yang bebas, telus dan demokratik.

Katanya, ESSZONE bukannya pengisytiharan darurat yang diperuntukkan di bawah perkara Perlembagaan Persekutuan.

"Ia tidak sekali-kali menghalang proses pilihan raya dan peraturan yang bebas, telus dan demokratik serta tidak memberikan sebarang kuasa tambahan kepada pihak polis," katanya katanya ketika berucap pada Majlis Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ di Pusat Latihan Polis(PULAPOL) di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata jika ada orang yang berpendapat haknya terjejas, boleh membawa kerajaan ke mahkamah melalui proses perundangan.

"Kehidupan akan berjalan seperti biasa di kawasan berkenaan tetapi dengan peningkatan kawalan keselamatan bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat," katanya.

Perdana Menteri turut menjelaskan bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang digunakan untuk menjalankan penyiasatan dan tangkapan dalam semua kes melibatkan pengganas di Sabah ketika ini ialah satu akta melibatkan prosedur semata-mata.

"Ia tidak digubal sebagai akta yang memberikan kuasa mengisytiharkan kawasan keselamatan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.
"Bagi setiap tangkapan yang dibuat di bawah SOSMA, pertuduhan akan dibuat menggunakan undang-undang biasa dan dibicarakan di mahkamah sebagaimana kes-kes jenayah yang lain," katanya. - BH

No comments:

Post a Comment