My Add

Tuesday 26 March 2013

ESSZONE mudahkan penempatan semula PATI atau tidak bernegara

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Mac, 2013: Pengwujudan Zon Selamat Malaysia Timur (ESSZONE) membolehkan kerajaan menempatkan semula mana-mana kumpulan, khususnya pendatang tanpa izin atau tidak bernegara, ke suatu kawasan selamat serta sesuai yang akan ditentukan oleh kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata keputusan menempatkan semula kumpulan berkenaan adalah bagi maksud pemeliharaan keselamatan awam.

"Dalam melaksanakan perkara ini, kerajaan akan mempertimbangkan segala aspek termasuk mata pencarian penduduk di kawasan penempatan semula dan berunding dengan ketua daerah, ketua anak negeri dan ketua kampung bagi memastikan kepentingan penduduk sedia ada di kawasan penempatan semula terpelihara," katanya pada majlis perbarisan dan perarakan sempena Hari Polis di PULAPOL, sebentar tadi.

Beliau berkata, 10 daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Titas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. - BH

No comments:

Post a Comment