My Add

Wednesday 20 March 2013

ETP, GTP eksperimen paling berani kerajaan: Najib

KUALA LUMPUR, SELASA, 18 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Razak menegaskan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) adalah eksperimen paling berani yang pernah dilaksanakan oleh mana-mana kerajaan di dunia dalam mengamalkan prinsip ketelusan dan kepertanggungjawaban.

Perdana Menteri berkata, ia membuktikan iltizam kerajaan terhadap falsafah pemandu negara 1Malaysia iaiu Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

“Kedua-dua prakarsa (inisiatif) bermula masing-masing pada 2010 dan 2011 adalah bersama-sama dengan Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Sosial (PTS),” katanya ketika membentangkan secara langsung di TV1 Laporan Tahunan Program Transformasi Negara 2012 (NTP) di Angkasapuri di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ia membentuk Dasar Transformasi Nasional bagi memacu Malaysia ke arah pencapaian wawasan kebangsaan, menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi, menjelang tahun 2020.

Katanya, dengan berkat kerjasama dan usaha gigih semua pihak sama ada rakyat terbanyak, pihak swasta, penjawat awam mahu pun anggota pentadbiran, sebahagian besar matlamat yang dirancang berjaya dicapai.

Kesannya, Najib berkata, taraf dan kualiti hidup rakyat semakin baik, ekonomi negara semakin makmur manakala keadaan kewangan kerajaan terus bugar.

“Pada malam ini saya berdiri di hadapan tuan-tuan dan puan-puan bagi pihak diri saya sebagai ketua kerajaan dan bagi pihak rakan-rakan dalam Jemaah Menteri bagi membentangkan hasil perkembangan prakarsa Program Transformasi Kerajaan atau GTP dan Program Transformasi Ekonomi atau ETP,” katanya. - BH

No comments:

Post a Comment