My Add

Friday 15 March 2013

Fathul Bari: Perpaduan Umno dan Pas perlu disegerakan

 Fathul Bari
KOTA BAHRU, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Perpaduan antara UMNO dan Pas perlu segera diwujudkan untuk kepentingan Islam dan orang Melayu, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya.

Beliau berkata perpaduan itu bukan untuk mana-mana pihak membubarkan parti tetapi mewujudkan kerjasama ke arah kebaikan untuk kekuatan kepada Islam dan orang Melayu.

"Umno telah lama hulur tangan untuk perdamaian dan perpaduan ke arah kebaikan, sewajarnya Pas menimbang dan menerima tawaran tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah isu-isu semasa kepada Penceramah Penerangan Negeri Kelantan di sini, hari ini.

"Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda "Susulilah perkara yang buruk dengan perkara yang baik"," katanya sambil menjelaskan dalam konteks ini perkara yang buruk ialah perpecahan dan yang baik adalah perpaduan.

Beliau berkata tuntutan perpaduan itu adalah tuntutan syarie maka perkara syarie perlu dilaksanakan segera mungkin. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment