My Add

Monday 18 March 2013

Festival Belia Putrajaya diada lebih besar, meriah

PUTRAJAYA, AHAD, 17 Mac, 2013: Persembahan festival filem dan majlis perkahwinan beramai-ramai menjadi antara tarikan baharu Festival Belia Putrajaya 2013 yang dijenamakan semula daripada Himpunan Jutaan Belia.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, festival itu yang bakal berlangsung selama empat hari tiga malam bermula 23 Mei ini akan dijayakan dengan lebih besar dan meriah.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya menetapkan sasaran pengunjung bagi edisi penganjuran kali ini lebih ramai berbanding tahun lalu yang dihadiri kira-kira dua juta orang.

"Selain itu, perarakan pancaragam yang terbesar juga akan diadakan dalam festival kali ini selain pelbagai acara menarik untuk golongan muda," katanya kepada pemberita dalam Majlis Prapelancaran Festival Belia Putrajaya 2013 di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment