My Add

Tuesday 12 March 2013

FGVH berhasrat tembusi pasaran Afrika

JEMPOL, ISNIN, 11 Mac, 2013: Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGVH) masih membuat kajian untuk menembusi pasaran di benua Afrika seperti yang dirancang sebelum ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, antaranya FGVH perlu melihat keluasan dan kesesuaian tanah yang ada di kawasan tersebut.

"Walaupun bakal mengambil masa, kita tetap berhasrat untuk mengembangkan pasaran FGVH ke benua tersebut," katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Graduasi Sesi 2/2012 Kolej Yayasan Felda di Dewan Kompleks Belia dan Sukan dekat sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 128 pelajar Kolej Yayasan Felda Kampus Raja Alias dekat sini dan Kolej Yayasan Felda Kampus Kelana Jaya menerima sijil masing-masing.

Yang turut hadir, Ketua Eksekutif Yayasan Felda, Datuk Dr. Emel Faizal Mohd. Mokhtar. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment