My Add

Wednesday 6 March 2013

Filipina jamin bawa kumpulan pengganas Sulu ke muka pengadilan

Oleh KASTHURI JEEVENDRAN
KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Mac, 2013: Kerajaan Filipina telah memberikan jaminan untuk membawa kumpulan pengganas dari Sulu ke muka pengadilan, selain mengenakan tindakan undang-undang yang keras.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan keputusan itu diambil setelah mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Luar Filipina, Albert Fl Del Rosario di Kuala Lumpur semalam.

Menurutnya, Filipina juga mengecam tindakan kumpulan pengganas yang telah bertindak membunuh lapan pegawai keselamatan dalam kejadian pencerobohan tersebut.

"Rosario telah memberikan jaminan bahawa kerajaan di negaranya akan mengenakan tindakan undang-undang yang keras terhadap pengganas dari Sulu ini.

"Bahkan, Rosario telah memanjangkan takziah kepada ahli keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan juga rakyat Malaysia," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Lapan anggota pasukan keselamatan maut di Sabah sejak beberapa hari lalu berikutan pencerobohan pengganas dari Sulu yang dipimpin ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie iaitu adik kepada Sultan Jamalul Kiram III yang mendakwa dirinya Sultan Sulu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment