My Add

Friday 8 March 2013

Filipina perlu beri persetujuan

Oleh ROSALINDA MD.SAID dan MASZUREEN HADZMAN
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Pemuda UMNO mendesak kerajaan Filipina menyatakan persetujuan berlandaskan prinsip setia kawan ASEAN untuk mengekstradisi ketua pengganas Sulu, Jamalul Kiram III ke negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, persetujuan itu penting bagi memastikan Jamalul dapat dibicarakan di negara ini segera selepas mengarahkan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Sabah.

"Ini merupakan kesalahan di sisi undang-undang negara, sehubungan itu saya berharap kerajaan dapat melakukan permohonan ekstradisi manakala kerajaan Filipina bersetuju atas dasar rakan ASEAN.

"Dari segi politik, kita perlu tunjukkan sesiapa sahaja yang menjadi penceroboh mahupun dalang kepada insiden ini perlu dibawa ke muka pengadilan dan Pemuda UMNO tidak akan berkompromi dalam soal kedaulatan negara," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyerahkan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di sini hari ini.

Kementerian Luar kini menimbang secara serius desakan pelbagai pihak yang mahu ketua pengganas itu dibicarakan di negara ini setelah mengarahkan pencerobohan di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota keselamatan negara.

Malah, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengesahkan akan mengemukakan permohonan bagi membolehkan Jamalul diekstradisi ke negara ini jika terbukti mempunyai kes terhadapnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment