My Add

Tuesday 5 March 2013

Gambar-gambar dari tempat berhampiran lokasi serangan di Lahad Datu

LAHAD DATU, SELASA. 05 Mac, 2013: Berikut adalah gambar-gambar yang dirakamkan dari kawasan berhampiran lokasi serangan dilakukan oleh pasukan keselamatan ke atas kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal pagi ini:

 *SEORANG anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit ImbaraBudi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan ini. Hari ini pihak keselamatan Malaysia telah melancarkan serangan ke atas penceroboh kumpulan bersenjata yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA
*ANGGOTA komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuriuntuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat sini. Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan ke ataspenceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA
*SEBUAH helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuranmenghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini hari ini.Pagi tadi pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas pencerobohbersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. - BERNAMA
 *ANGGOTA polis dan kakitangan hospital kelihatan mula bersiap sedia dijabatankecemasan di Hospital Lahad Datu di sini, hari ini berikutan seranganpasukan keselamatan Malaysia keatas penceroboh kumpulan bersenjata dikampung Tandou pagi ini. - BERNAMA
 *KENDERAAN anggota tentera keluar dari Kampung Tanduomenghantaranggota tentera menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung Tanduo.- BERNAMA
*SEORANG kakitangan Hospital Lahad Datu di sini mengawal selia dua buaambulan sebagai persiapan selepas pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serangan keatas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tunduo pagi ini. - BERNAMA 
*SEKATAN jalan raya dibuat dekat Imbara Budi menuju ke Kampung TanjungLabian dan Kampung Tanduo berikutan serangan pihak keselamatan Malaysiake atas pencerobohan kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo pagi tadi. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment