My Add

Friday 22 March 2013

Gelombang Biru makin meluas ke setiap negeri - Muhyiddin

 *MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan orang ramai semasa hadir pada majlis
 Jamuan Rakyat 1Malaysia di Perkarangan Pusat Khidmat Masyarakat DUN Teluk
 Pasu, Kuala Terengganu, Terengganu hari ini. - UTUSAN

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
KUALA TERENGGANU, JUMAAT, 22 Mac, 2013: Gelombang Biru, manifestasi kebangkitan rakyat untuk kembali memberi sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) dan kerajaan yang diterajui, semakin meluas di setiap negeri.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hasil pengamatannya dalam siri turun pandang mendapati keyakinan rakyat semakin kukuh dengan perubahan yang dilakukan oleh kepimpinan negara bagi menyediakan masa depan yang lebih baik.

Beliau yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata, perubahan-perubahan ke arah meningkatkan kesejahteraan dan keharmonian hidup merupakan satu agenda berterusan yang hanya dapat dilakukan dengan berkesan melalui perpaduan rakyat.

Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Rakyat

di pekarangan Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri Teluk di sini petang ini.

Timbalan Perdana Menteri yang diiringi isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman dalam rangka lawatan kerja ke negeri ini hari ini.

Terdahulu beliau menunaikan solat Jumaat di masjid Kampung Petai Bubus bersama para pemimpin dan rakyat setempat.

Selepas majlis itu, Muhyiddin kemudiannya menghadiri program Himpunan Rakyat 1Malaysia peringkat negeri di Padang Bola Rhu Rendang, Marang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment