My Add

Friday 8 March 2013

Guan Eng 'dihadiah' penyapu buruk

PULAU PINANG, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini dihadiahkan dengan sebatang penyapu buruk dan kayu gaharu sempena ulang tahun kelima pentadbiran pembangkang di negeri ini.

Hadiah itu diberikan oleh pemilik bengkel motosikal dari Jelutong yang dirobohkan oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang dua tahun lalu, Mohamad Yacoob Mohamad Noor.

Menurut Mohamad Yacoob, kedua-dua hadiah itu adalah simbolik daripada suara rakyat yang selama ini ditindas.

"Penyapu itu sebagai simbol 'kasih sayang' saya untuk seorang Ketua Menteri.

"Sudah beberapa kali memorandum dan hadiah kami beri tetapi sehingga kini Guan Eng langsung tidak mahu turun dan berjumpa kami," katanya kepada pemberita selepas memberi hadiah berkenaan di Kompleks Tun Abdul Razak di sini.

Hadiah itu diterima oleh wakil Pejabat Ketua Menteri selepas usaha Mohamad Yacoob untuk menyerahkannya sendiri kepada Guan Eng dihalang oleh para pegawai keselamatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment