My Add

Friday 22 March 2013

Guan Eng terus didesak

*SEBAHAGIAN daripada penduduk Jelutong mengadakan demonstrasi aman
 mendesak Lim Guan Eng membina rumah mampu milik, di Pulau Pinang, semalam.

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
PULAU PINANG, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Kerajaan DAP Pulau Pinang terus didesak membina rumah mampu milik bagi membolehkan lebih ramai golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri.

Desakan serupa disuarakan kira-kira 20 orang terdiri daripada nelayan, pekerja kilang dan penjaja yang berhimpun secara aman di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di sini hari ini, yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan negeri.

Demonstrasi diketuai Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah itu turut membawa bersama kain rentang dan risalah yang diedarkan kepada orang ramai.

Kandungan risalah berkenaan merupakan peringatan kepada rakyat supaya tidak lagi tertipu dengan janji manis yang pernah ditaburkan pembangkang.

Mereka turut menyerahkan memorandum kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng bagi menuntut pembinaan rumah mampu milik itu disegerakan yang diterima wakil Pejabat Ketua Menteri, Watawa Nataf Zulkifli.

Aminah yang juga bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri berkata, Guan Eng perlu mengutamakan pembangunan yang memihak kepada rakyat bukannya mengejar keuntungan semata-mata dengan membina kediaman mewah.

"Kerajaan DAP Pulau Pinang seharusnya memanfaatkan tanah yang diperuntukkan bagi projek perumahan mampu milik untuk rakyat berpendapatan rendah kerana sudah terlalu banyak projek mewah yang dilaksanakan di negeri ini khususnya di kawasan bandar," ujarnya.

Menurutnya, sepanjang tempoh lima tahun mentadbir negeri ini pembangkang ternyata tidak membela hak rakyat secara adil. - UTUSAN

"Cukuplah lima tahun pembangkang memerintah kerana mereka hanya pandai putar belit dan menipu rakyat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment