My Add

Tuesday 12 March 2013

Helah pembangkang alih pandangan rakyat

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Tindakan pembangkang yang berterusan mempolitikkan isu pencerobohan pengganas Sulu di Sabah dilihat sebagai strategi mengalih perhatian rakyat selepas turut dikaitkan dengan insiden tersebut.

Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, pembangkang juga cuba mengambil peluang memperkecilkan kemampuan negara menangani isu itu termasuk dalam penggunaan pesawat komersial bagi menghantar pasukan keselamatan ke Sabah.

Bagaimanapun, menurut beliau, rakyat hari ini sudah semakin bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan strategi pembangkang yang hanya bermatlamat memburuk-burukkan kerajaan.

"Inilah kualiti pembangkang di negara ini, sering kali meletakkan kesalahan terhadap kerajaan tanpa memikirkan baik dan buruk sesuatu tindakan serta tidak memikirkan soal nyawa rakyat dan keamanan negara. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment