My Add

Thursday 14 March 2013

Hukuman terhadap dua bekas pegawai kanan PUNB kekal

PUTRAJAYA, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara lima dan empat tahun masing-masing terhadap dua bekas pegawai kanan Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) kerana kesalahan memalsukan sijil-sijil bon bernilai AS$5 bilion (RM18 bilion), 12 tahun lalu.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Datuk Seri Abu Samah Noordin memutuskan demikian sebulat suara selepas menolak rayuan akhir bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PUNB, Ahmadi@Ahmad Zukni Johari, 71, dan bekas Setiausaha PUNB, Mohamad Aminuddin Mohamed Zain, 55,

Hukuman penjara lima tahun terhadap Ahmad Zukni dan empat tahun terhadap Mohamad Aminuddin diperintah berkuat kuasa pada hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment