My Add

Wednesday 13 March 2013

Ibu jangan risau, tiada apa-apa'

 *ROSLAWATI Ghani tidak dapat menahan kesedihan apabila mengetahui
anaknya, Ahmad Farhan Ruslan terkorban dalam kemalangan jalan raya
ketika bertugas di Lahad Datu, di rumahnya di Pasir Tumbuh, Kelantan,
 semalam.

Oeleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
KOTA BHARU,12 Mac, 2013: Perasaan takut seorang ibu yang melihat kehadiran dua anggota tentera berpakaian seragam ke rumahnya di Taman Desa Darul Naim Dua di sini, petang ini, ternyata benar apabila mereka datang untuk memaklumkan berita kematian anaknya.

Begitu perasaan dialami Roslawati Ghani, 44, semasa melihat dua anggota terbabit mengunjungi rumahnya pukul 4 petang ini.

Roslawati ketika ditemui di rumahnya malam ini berkata, dia reda menerima berita itu namun agak terkejut kerana ketika menghubungi anaknya, Ahmad Farhan Roslan, 21, pada Jumaat lalu, Allahyarham berpesan kepadanya supaya tidak perlu risau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment