My Add

Thursday 14 March 2013

IPT perlu tangani kualiti graduan undang-undang

 *RAJA Nazrin Shah mendengar pandangan Abdul Gani Patail (kiri) dalam majlis
 Konvokesyen Ke-18 Peperiksaan Sijil Amalan Guaman di Pusat Dagangan Dunia
 Putra, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR, RABU, 13 Mac, 2013: Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan diminta tidak berkompromi dalam aspek pengambilan pelajar untuk memastikan graduan yang dihasilkan cukup berkualiti dan mempunyai nilai pasaran.

Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berkata, pendekatan itu penting supaya IPT tempatan berupaya menangani jurang kualiti graduan undang-undang yang dihasilkan agar setanding dengan luar negara.

Titah baginda, semasa peperiksaan Sijil Amalan Guaman (CLP) diperkenalkan pada 1984, sebanyak 91 daripada 96 orang calon lulus atau 95 peratus manakala tahun 1996, mencatatkan bilangan calon paling ramai iaitu 1,548 orang tetapi hanya 668 calon yang lulus atau 43 peratus. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment