My Add

Friday 8 March 2013

Isu kalimah Allah: Petugas Pas beri kata dua

 *SEKUMPULAN ahli dan penyokong Pas mengadakan perhimpunan mendesak
 pucuk pimpinan parti bertindak tegas dan menyelar pemimpin DAP berhubung
isu kalimah Allah di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Sekumpulan ahli dan petugas jentera Pas di sini memberi kata dua kepada pucuk pimpinan parti itu agar mengkaji semula hubungan dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung isu kalimah Allah.

Ketua Pemuda Pas Cawangan Kampung Baru Bakar Arang, Saiful Zamani Ahmad berkata, dia bersama 30 ahli Pas sekitar Sungai Petani berasa terpanggil untuk mengingatkan pucuk pimpinan mengkaji semula hubungan terbabit.

"Sejak DAP dan PKR bergabung dengan Pas, apa keuntungan yang kita dapat?. Mereka menumpang kita tetapi kini cuba menguasai kita. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment