My Add

Tuesday 12 March 2013

Isu Lynas: Anwar disifatkan talam dua muka

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Pendirian tidak tetap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan operasi kilang nadir bumi oleh Lynas Corporation Sdn. Bhd. (Lynas) menggambarkan sikap pemimpin tersebut yang talam dua muka.

Presiden Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, Ketua Pembangkang itu sanggup berpaling tadah dan menjadi 'lalang' hanya kerana mahukan sokongan daripada penduduk khususnya yang berada di Kuantan, Pahang.

"Dia menunjukkan sikap sebenar pemimpin pembangkang sekarang. Cukup senang beliau berdolak-dalik berhubung pendiriannya sendiri semata-mata untuk mendapatkan sokongan.

"Bagaimana pemimpin begini harus diterima sedangkan sikap beliau yang jelas menunjukkan tidak boleh dipercayai," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment