My Add

Friday 8 March 2013

Jabatan air Lahad Datu hantar bantuan ke Felda Sahabat

LAHAD DATU, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Jabatan Air Lahad Datu hari ini menghantar bantuan kepada penduduk kampung yang dipindahkan di Felda Sahabat berikutan pencerobohan pengganas militan di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer (km) dari sini.

Jurutera Air Bahagian, Samsul Bahriy Marullah berkata, bekalan air mineral, kuih-muih dan pakaian dihantar ke dewan serbaguna Embara Budi dengan empat kenderaan pacuan empat roda.

"Kami menyertai badan-badan lain yang prihatin menyalur bekalan kepada penduduk kampung, termasuk petugas di sana (Embara Budi)," katanya kepada pemberita semasa melepaskan konvoi penghantaran bantuan itu di sini.

Samsul juga berharap lebih ramai rakyat Malaysia tampil menyumbang bantuan untuk kira-kira 1,850 penduduk yang dipindahkan ke Embara Budi dan Fajar Harapan di Felda Sahabat, termasuk pasukan keselamatan yang bertugas dalam Op Daulat.

Penduduk yang dipindah ialah dari Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment