My Add

Tuesday 5 March 2013

Jangan bodohkan rakyat dengan janji 150,000 rumah mampu milik - Serang

SHAH ALAM, ISNIN, 04 Mac, 2013: Pakatan pembangkang diingatkan agar tidak memperbodohkan rakyat negara ini khususnya di Selangor dengan janji kononnya mahu menyediakan 150,000 perumahan selesa dan mampu milik sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, pakatan pembangkang dilihat tidak mengambil kira kedudukan sebenar kemampuan rakyat golongan pendapatan rendah di negara ini termasuk generasi muda.

Katanya, berdasarkan janji manifesto Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu, mereka dilihat hanya memberikan tumpuan kepada perumahan mampu milik dalam kategori sederhana rendah dan juga kos sederhana yang mana masing-masing berharga antara RM75,000 dan RM250,000.

"Mengapa manifesto pembangkang ini menjanjikan perumahan berharga RM75,000 sehingga RM250,000? Mengapa mereka tidak memberikan tumpuan kepada perumahan bagi kategori kos rendah iaitu RM42,000 sekiranya benar-benar mahu membantu menyelesaikan perumahan rakyat," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment