My Add

Tuesday 5 March 2013

Jangan buat andaian berhubung serangan - Ketua Polis Negara

LAHAD DATU, SELASA, 05 Mac, 2013: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang andaian berhubung serangan ofensif yang dijalankan pihak keselamatan terhadap pihak penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo bermula pukul 7 pagi tadi.

Katanya, sebarang andaian boleh menjejaskan operasi yang dijalankan pihak keselamatan.

"Jangan membuat andaian terhadap jumlah kematian atau kecederaan bagi mana-mana pihak,’" jelasnya dalam sidang akhbar yang dijalankan di sini hari ini.

Ismail turut meminta orang ramai terutama penduduk Sabah supaya tidak berasa bimbang kerana serangan itu hanya dijalankan di Kampung Tanduo dalam daerah ini. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment