My Add

Thursday 7 March 2013

Jangan layan kenyataan biadap pembangkang - Pakar politik

Oleh AZMAN IBRAHIM
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 07 Mac, 2P13: Penganalisis politik hari ini menggesa mana-mana pihak tidak melayan kenyataan biadap dan jahat daripada individu atau para pemimpin parti-parti pembangkang bagi mengekalkan imej positif pemerintah.

Dekan Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr. Zaid Ahmad berkata, mana-mana pihak tidak perlu terlalu sensitif terhadap kenyataan-kenyataan yang negatif daripada pihak-pihak berkenaan.

"Sebarang kenyataan yang dikeluarkan daripada pemimpin pembangkang adalah berkaitan agenda dan propaganda mereka semata-mata. Pada saya, tidak usah melayan kenyataan mereka.

"Perkara paling penting yang perlu difikirkan oleh semua pihak pada waktu ini adalah menyelesaikan kemelut pencerobohan kumpulan bersenjata api pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Online bagi mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Husam Musa dalam portal berita milik Pas Harakahdaily.net yang menimbulkan persoalan dan mengaitkan insiden berdarah di Lahad Datu mempunyai kaitan dengan pembubaran Parlimen Malaysia.

Pada 1 Mac lalu, Tian Chua seperti dipetik dalam lidah rasmi PKR, Keadilan Daily mendakwa kejadian yang menyebabkan kematian anggota pasukan keselamatan negara dan penceroboh dari Filipina itu hanya konspirasi UMNO dan kerajaan.

Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, kenyataan Husam itu tidak mempunyai asas sebaliknya hanya bersifat peribadi dan kebetulan.

Apa yang jelas, insiden di pantai timur Sabah itu bukan satu konspirasi UMNO atau kerajaan.

"Pakar undang-undang sebelum ini telah menyatakan bahawa pilihan raya umum boleh dijalankan sehingga Jun ini setelah diperkenan Yang di-Pertuan Agong.

"Jadi, tidak semestinya kemelut yang berlaku di Lahad Datu mempunyai perkaitan dengan pilihan raya yang mungkin dijalankan pada waktu terdekat ini,’’ katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment