My Add

Tuesday 5 March 2013

Jangan percaya cerita di media sosial

Oleh HISYAMUDDIN AYUB
LAHAD DATU, SELASA, 05 Mac, 2013: Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengingatkan orang ramai agar tidak mendengar dan mempercayai cerita yang dihebahkan menerusi media sosial berhubung isu pencerobohan di Kampung Tanduo dekat sini.

Setiausahanya, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, banyak maklumat yang tidak tepat malah boleh menjejaskan ketenteraman awam telah disampaikan kepada orang ramai.

Katanya, rakyat perlu pastikan maklumat yang diperoleh dari saluran rasmi kerana ia merupakan maklumat yang sangat boleh dipercayai.

"Bukan sahaja tidak tepat dan boleh mengancam ketenteraman awam, ia (maklumat di media sosial) juga menghabiskan masa pihak berkuasa untuk menyiasat perkara yang tidak benar itu.

"Cerita yang disampaikan hanya untuk mensensasikan lagi situasi di tempat kejadian," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment