My Add

Friday 8 March 2013

Jangan persoal status Sabah - Najib

LAHAD DATU, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan Sabah adalah sebahagian daripada Malaysia dan perkara tersebut seharusnya tidak berbangkit atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Perdana Menteri berkata, perkara tersebut telah diputuskan dari segi perundangan pada 1878 yang mengatakan bahawa negeri itu adalah wilayah sah dalam Malaysia.

Menerusi Suruhanjaya Cobbold 1962 juga kata beliau, telah mengesahkan dua pertiga rakyat Sabah pada masa itu bersetuju wilayah Sabah menjadi sebahagian daripada negara ini.

"Persetujuan itu turut mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berlandaskan prinsip perundangan antarabangsa yang menyatakan rakyat berhak untuk menentukannya.

"Soal Sabah sebahagian wilayah Malaysia adalah tidak boleh dipertikaikan dan iltizam kerajaan menjaga keselamatan rakyat serta kedaulatan negeri ini akan tetap dipertahankan," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas diberi taklimat berhubung Op Daulat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin.

Yang hadir sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment