My Add

Thursday 21 March 2013

Jualan filem tempatan RM180.8 juta di luar negara

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 21 Mac, 2013: Sebanyak RM180.8 juta pendapatan berjaya diraih menerusi penjualan filem-filem tempatan membabitkan filem-filem cereka, animasi dan dokumentari di pasaran filem luar negara sepanjang tahun lalu.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding pendapatan yang diraih hasil jualan filem-filem tempatan di luar negara pada tahun 2011 iaitu RM92 juta.

“Peningkatan sebanyak 96.5 peratus dicatatkan pada tahun lalu. Antara pasaran filem di luar negara yang disertai ialah American Filem Market, Hong Kong Film Mart, Marche du Film dan Asia Media Summit Bangkok.

“Tahun lalu Finas (Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia) telah menyertai sembilan pasaran filem antarabangsa untuk memasarkan filem-filem tempatan berbanding tujuh pada tahun sebelumnya," katanya baru-baru ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment