My Add

Tuesday 26 March 2013

Jumlah anggota polis di pos Tebedu mencukupi: Polis

KUCHING, ISNIN, 25 Mac, 2013: Jumlah anggota polis yang ditempatkan untuk mengawal pos sempadan Malaysia dan Indonesia di Tebedu, kira-kira 100 kilometer dari sini, adalah mencukupi buat masa kini.

Sehubungan itu, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Law Hong Soon meminta semua pihak supaya tidak risau dengan isu kawalan keselamatan di sempadan berkenaan.

"(Selain anggota polis), Kita juga ada PGA (Pasukan Gerakan Am), angkatan tentera, kita ada CIQ yang diterajui oleh imigresen (di pos sempadan berkenaan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Hari Polis ke-206 di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot yang dilapor meminta pihak keselamatan menambah bilangan anggota polis yang berkawal di pos itu.

Riot dilapor berkata, beliau bimbang dengan kekuatan pasukan sedia ada yang dianggapnya masih tidak memadai. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment