My Add

Tuesday 19 March 2013

Kampung Tanjung Batu akan dibersihkan sepenuhnya

 *POLIS tentera mengawal lalu lintas semasa kereta perisai berantai
 Adnan yangdibawa dari Kem Tentera Darat Gemas tiba di Felda Sahabat untuk memperkukuhkan Ops Daulat, di Lahad Datu hari ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 18 Mac, 2013: Penduduk Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu, Sabah boleh menarik nafas lega apabila kampung mereka yang menjadi sarang pengganas Sulu akan dibersihkan sepenuhnya dalam sehari dua ini.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Md. Zin berkata, dalam masa tersebut, penduduk boleh pulang ke rumah masing-masing di samping menjalankan rutin harian mereka semula.

"Insya-Allah, Kampung Tandao dan Sungai Nyamuk telah dibersihkan oleh pasukan keselamatan, penduduk Kampung Tanjung Batu pula bakal dibersihkan dalam masa tersebut ini.

"Mereka akan diberi bantuan oleh kerajaan agar orang kampung khususnya di Kampung Tanjung Batu itu dapat melaksanakan tugas-tugas harian mereka. Bagi nelayan, mereka dapat turun ke laut atau peladang dapat pulang ke ladang mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Untuk memberi keyakinan kepada penduduk kampung, menurut beliau, pihak keselamatan akan sentiasa berada di samping mereka sehingga keadaan dan suasana di kawasan tersebut diyakini selamat.

Seterusnya beliau berkata, pasukan keselamatan akan bergerak ke kawasan lain yang disyaki terdapat saki baki musuh yang beroperasi dalam kumpulan-kumpulan kecil.

“Kami juga dalam peringkat menentukan kerosakan yang dialami penduduk kampung, dari rumah-rumah dibakar musuh, tanaman-tanaman rosak, ternakan ternakan hilang dan sebagainya," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment