My Add

Thursday 7 March 2013

Kanak-kanak hidap kanser mata rayu bantuan

*NIK Zuraidah Nik Yeli bersama Muhammad Azim Nor Hazri yang menderita sakit kanser mata di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang kerian, Kelantan, semalam.

KOTA BHARU 6 Mac - Sepasang suami isteri, Nor Hazri Ahmad, 40, dan Nik Zuraidah Nik Yeli, 39, memohon bantuan daripada orang ramai bagi menanggung kos rawatan kanser mata atau Rhabdomyosarcoma yang dihadapi anaknya, Muhammad Azim Nor Hazri, 5, sejak dua tahun lalu.

Pasangan berasal dari Kampung Keroh, Kuala Krai ketika ditemui berkata, penyakit anaknya semakin teruk sejak tahun lalu apabila kanser yang tumbuh di mata kiri Muhammad Azim kini sebesar penumbuk seorang lelaki dewasa.

Menurut Nik Zuraidah, kanser tersebut yang asalnya hanya ketumbit kecil di kelopak mata anaknya kini semakin besar menyebabkan kanak-kanak itu terpaksa menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) setiap hari. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment