My Add

Tuesday 5 March 2013

Kastam guna peralatan canggih halang penyeludupan senjata api

Oleh AZRAI MOHAMMAD
KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Mac, 2013: Jabatan Kastam Diraja Malaysia sentiasa bekerjasama dengan semua pihak berkuasa lain serta menyalurkan maklumat bagi menghalang kegiatan haram di sempadan negara termasuk penyeludupan senjata api.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, pihaknya akan memastikan peralatan canggih digunakan di setiap pintu masuk tanah air agar dapat mengesan cubaan penyeludupan barangan larangan tersebut.

"Walaupun tumpuan utama kita adalah memastikan urusan dagangan keluar masuk negara berjalan lancar namun kita juga memastikan isu-isu keselamatan turut dijaga.

"Kita akan memastikan urusan dan keselamatan tersebut berada di tahap tertinggi dan bertaraf dunia," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Penguatkuasaan Kastam dan Kumpulan Pematuhan Kerja ke-13 di sini hari ini.

Beliau mengulas insiden pencerobohan Tentera Diraja Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah yang dilengkapi senjata api. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment