My Add

Tuesday 12 March 2013

Kastam patah cubaan seludup rokok dan arak bernilai RM2.42 juta

MELAKA, ISNIN, 11 Mac, 2013:: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Melaka menggagalkan cubaan menyeludup rokok dan arak bernilai RM2.42 juta, termasuk cukai dalam empat serbuan berasingan antara 6 Mac hingga hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Nasir Said, berkata seorang lelaki yang juga penjaga stor turut ditahan dalam operasi di Melaka dan Perak itu.

Beliau berkata dalam serbuan pertama, sepasukan penguatkuasa JKDM menahan dan merampas sebuah lori membawa muatan tiga juta batang rokok kretek dan rokok putih bernilai RM1.7 juta, termasuk cukai di Lebuhraya Utara Selatan arah Utara di Air Keroh pada 4.40 pagi 6 Mac lalu. - BH

No comments:

Post a Comment