My Add

Friday 8 March 2013

Kawasan Keselamatan Khas Sabah

LAHAD DATU, KHAMIS, 07 Ms, 2013 : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pembentukan kawasan yang dikenali sebagai Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri ini.

Beliau berkata, kawasan berkenaan merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.

"Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera," katanya pada sidang media selepas meninjau dan mendengar taklimat berhubung Op Daulat di sini, hari ini.

Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM),
iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu. - BH

No comments:

Post a Comment