My Add

Sunday 3 March 2013

Keadaan Kg. Simunul tenang selepas insiden serangan

SEMPORNA, AHAD, 03 Mac, 2013: Keadaan di Kampung Simunul di sini kelihatan tenang dengan kebanyakan penduduknya memilih untuk berada di dalam rumah hari ini ekoran insiden serangan kumpulan bersenjata semalam, yang mengorbankan lima anggota pasukan keselamatan.

Tinjauan Bernama ke perkampungan itu juga mendapati ratusan daripada kira-kira 5,000 penduduk kampung itu meninggalkan kediaman masing-masing dengan menumpang rumah saudara mara di kampung berhampiran sebagai langkah keselamatan.

"Pada waktu malam selepas Maghrib kami akan tinggal di rumah, bimbang juga keselamatan keluarga kami," kata seorang penduduk, Mohd Shah Ibrahim, 63.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, kejadian pada pukul 8 malam di perkampungan atas air itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment