My Add

Friday 15 March 2013

Kecewa Anwar ubah pendirian

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
KUANTAN, KHAMIS, 14 Mac, 2013: Pendirian Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berubah-ubah dalam isu Lynas Corporation Sdn. Bhd. di sini menimbulkan 'ketakutan' dalam kalangan pihak yang menentang kewujudan kilang nadir bumi tersebut.

Ahli Jawatankuasa Himpunan Hijau, Clement Chin yang kecewa dengan perkara itu berkata, apa yang diungkapkan oleh Anwar sebelum ini seharusnya disusuli dengan tindakan dan benar-benar mencerminkan apa yang dijanjikan.

"Anwar sebelum ini bersama dengan kita menentang Lynas dan dalam manifesto pembangkang juga menyebut akan menutup kilang itu jika mereka menang pilihan raya umum akan datang.

"Begitu juga dengan Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tuck yang sebelum ini pernah membuat kenyataan untuk membakar Lynas, tetapi kini dia sama dengan Anwar yang bersedia menyokong kilang itu pula. Ini yang saya takut, sekejap tidak sokong, sekejap sokong," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment