My Add

Saturday 9 March 2013

Kecoh: 100 wakil NGO tuntut penjelasan Guan Eng

GEORGETOWN, JUMAAT, 08 Mac, 2013: Keadaan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Pulau Pinang, Komtar kecoh seketika apabila kira-kira 100 wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) cuba merempuh masuk untuk bertemu Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Kekecohan itu bermula apabila kumpulan NGO itu dihalang oleh pihak keselamatan daripada memasuki lobi pejabat di tingkat tiga dan beberapa orang cuba memecahkan pintu kaca di situ.

Lim yang juga Setiausaha Agung DAP terus dikecam kerana membangkitkan isu kalimah Allah yang menimbulkan kemarahan dan kurang senang dalam kalangan umat Islam di seluruh negara sejak beberapa bulan lalu.

Antara NGO yang terlibat ialah Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka), Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Malaysia (Al-Ehsan), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri (GPMS), Jaringan Muslimim Pulau Pinang (JMPP), Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) dan Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (Pencinta).

Setiausaha Agung Al-Ehsan, Arshad Kassim berkata perhimpunan berkenaan bertujuan untuk membantah Lim yang dianggap biadap dan sengaja menyentuh sensitiviti umat Islam.

"Kami mahu Guan Eng tampil dan berdepan dengan kami untuk menjelaskan mengapa kalimah Allah itu perlu digunakan dalam Bible versi bahasa Melayu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu kumpulan NGO itu berarak sejauh kira-kira tiga kilometer dari Masjid Jamek Banggali di Lebuh Pitt sebelum sampai di Komtar sambil melaungkan agar Lim berhenti menjadi ketua menteri dan diusir dari Pulau Pinang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment