My Add

Sunday 10 March 2013

Kedegilan Tian Chua dikecam

 *Sebahagia daripada 40 ahli Wanita UMNO Bahagian Batu Kawan mengadakan
 demonstrasi secara aman terhadap Tian Chua di luar Balai Polis Bukit Tengah,
 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, semalam.

Oleh ANI AWANG, NORHIDAYU MOHD.
HASSAN, TOREK SULONG dan SAJIDA ASARULAH KHAN

KUALA LUMPUR, SABTU, 09 MaC, 2013: Keengganan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua memohon maaf serta menarik balik kenyataan biadab dibuatnya berhubung insiden pencerobohan pengganas Sulu terus dikecam apabila pelbagai pihak membuat laporan polis di seluruh negara hari ini.

Di IBU NEGARA, sebanyak 30 bekas anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tampil membuat tiga laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Salah seorang bekas komando, Sani Osman berkata, laporan polis itu dibuat sebagai tanda kemarahan dan tidak puas hati mereka terhadap kenyataan ahli politik berkenaan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment