My Add

Friday 8 March 2013

Kehadiran Perdana Menteri suntik semangat pasukan keselamatan

LAHAD DATU, KHAMIS, 07 Mac, 2013: Kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meninjau Op Daulat di Felda Sahabat di sini telah menyuntik semangat anggota keselamatan untuk terus berjuang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kehadiran Perdana Menteri amat penting dan bermakna sekali bagi semua pihak khususnya pasukan keselamatan.

"Sebenarnya dari hari pertama kejadian lagi, Perdana Menteri hendak turun ke sini dan kedatangan beliau telah menyuntik semangat baru kepada pasukan keselamatan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, Perdana Menteri amat memandang serius kes pencerobohan tersebut dan sentiasa memantau keadaan di sini secara terperinci dari pelbagai sudut.

Dalam pada itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kehadiran Perdana Menteri amat signifikan memandangkan beliau mempunyai pengalaman luas dalam pertahanan negara termasuk menjadi Menteri Pertahanan selama 14 tahun.

Katanya, Najib juga sebelum ini telah banyak kali turun ke medan tempur seperti di Bosnia, Lebanon Selatan, Timur Leste dan Gaza baru-baru ini.

Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zin berkata, kehadiran Perdana Menteri telah memberi suntikan moral yang tinggi kepada pasukan tentera.

Menurutnya, tindakan Najib bertanya khabar kepada anggota pasukan keselamatan dan memberi erti yang besar sekali gus membakar semangat mereka untuk terus berjuang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment