My Add

Wednesday 13 March 2013

Kelantan sambut baik bantuan Persekutuan kepada sekolah YIK

013:KOTA BHARU, SELASA, 12 Mac, 2- Kerajaan Kelantan menyambut baik langkah kerajaan pusat memberi bantuan kepada pelajar sekolah agama di bawah pengendalian Yayasan Islam Kelantan (YIK) menerusi skim Bantuan Awal Persekolahan dan Baucer Buku 1Malaysia melibatkan kos lebih RM3 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata pemberian bantuan itu menunjukkan keprihatinan kerajaan pusat menyediakan kemudahan pendidikan tanpa mengira fahaman politik.

Beliau berkata, sumbangan itu mampu menyuntik semangat kerajaan negeri meningkatkan mutu pendidikan negara.

"Ini selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Kolej Islam YIK yang pertama di Kok Lanas di sini, sebagai pusat kecemerlangan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bernama dua hari lepas melaporkan Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kelantan, Rosnah Wan Ibrahim berkata kerajaan persekutuan melalui JPN menyediakan peruntukan lebih RM3 juta bagi membantu kira-kira 30,000 pelajar sekolah agama YIK tahun ini melalui skim Bantuan Awal Persekolahan dan Baucer Buku 1Malaysia.

Mohd. Amar bersyukur kerana pemberian bantuan menerusi kedua-dua skim itu tidak dipolitikkan demi kepentingan bidang pendidikan negara ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment