My Add

Tuesday 12 March 2013

Kemarahan terhadap Tian Chua belum reda

 *PARA penduduk membakar baju tertera wajah Tian Chua di PPR Taman Desa
 Mutiara, Johor Bahru, semalam. - Utusan/RAJA JAAFAR ALI

KUALA LUMPUR, ISNIN, 11 Mac, 2013: Kemarahan orang ramai terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu, Sabah, hanya sandiwara UMNO belum reda dengan pelbagai pihak terus berhimpun dan membuat laporan polis.

Di JELEBU, lebih 100 orang mengadakan demonstrasi bagi membantah kenyataan biadab Tian Chua sebelum membuat laporan terhadap pemimpin PKR itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu.

Yang turut sama dalam demonstrasi di tapak Pasar Tani Kuala Klawang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment