My Add

Thursday 7 March 2013

Kementerian Luar timbang cadangan ekstradisi Jamalul Kiram

KUALA LUMPUR, RABU, 06 Mac, 2013: Kementerian Luar kini menimbang secara serius desakan yang dibuat oleh pelbagai pihak yang mahu ketua pengganas dari Sulu, Jamalul Kiram III dibicarakan di sini setelah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah.

Bagaimanapun, menurut Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman, perkara tersebut akan diserahkan kepada kerajaan Filipina untuk memberikan kata putus.

“Saat ini, kita masih belum sampai ke tahap memaksa Filipina mengekstradisi Kiram lagi. Tetapi, pada masa yang sama, kita juga telah menggesa kerajaan mereka untuk mengambil tindakan paling tegas terhadap Kiram.

“Kiram telah banyak mengeluarkan kenyataan berunsur menghasut sehingga menimbulkan kebencian dan keganasan, perkara ini sangat serius," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan pelbagai pihak yang meminta Kementerian Luar mendesak kerajaan Filipina menyerahkan Kiram untuk dibicarakan di negara ini kerana dipercayai telah mengarahkan pencerobohan bersenjata di Sabah sehingga mengorbankan lapan anggota polis Malaysia.

Anifah menambah, kerajaan Filipina juga telah memberikan jaminan akan mendakwa kumpulan pengganas yang terbabit dengan insiden di Lahad Datu dan Semporna itu bagi mengenakan hukuman maksimum berdasarkan undang-undang sedia ada. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment