My Add

Sunday 24 March 2013

Kempen Earth Hour 2013: Bangunan di KL bergelap sejam

 *KELIHATAN dua kombinasi ruang udara Kuala Lumpur yang terang (atas) dan gelap sempena sambutan Earth Hour yang dirakamkan dari menara tinjau Planetarium Negara di Kuala Lumpur, malam ini. Kempen selama 60 minit bermula 8.30 hingga 9.30 malam. - BERNAMA

KUALA LUMPUR, SABTU, 23 Mac, 2013: Kuala Lumpur menyertai bandar raya lain di seluruh dunia dalam Kempen Earth Hour 2013, dengan bangunan mercu tanda Menara Berkembar Petronas bergelap selama sejam mulai 8.30 malam ini.

Bangunan lain di sekitar ibu negara turut berbuat demikian dalam kempen yang bertujuan menyelamatkan bumi daripada pemanasan dan perubahan iklim.

Tinjauan mendapati sejurus lampu dipadam, ribuan warga kota dan pelancong di pekarangan Kuala Lumpur City Centre (KLCC) bersorak sebagai tanda sokongan terhadap kempen itu.

Earth Hour merupakan acara tahunan Tabung Alam Sedunia WWF dan disambut pada hari Sabtu terakhir bulan Mac, yang mahukan kediaman serta pejabat mematikan lampu dan peralatan elektrik yang tidak diguna selama sejam sebagai kesedaran ke atas perubahan iklim.

Earth Hour, yang bermula di Sydney, Australia pada 2007, kini disertai lebih 150 negara di seluruh dunia. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment