My Add

Wednesday 13 March 2013

Kenaikan gaji penjawat awam langkah tepat - Lam Thye

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Mac, 2013: Kenaikan terbaharu gaji bagi polis, tentera dan penjawat awam, untuk disetarakan dengan skim gaji sektor perkhidmatan awam sudah pasti satu langkah yang tepat.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, ia sebenarnya satu penghargaan atas perkhidmatan yang diberikan anggota dan pegawai pasukan polis dan tentera kepada negara.

Beliau berkata, ini lebih-lebih lagi berikutan pencerobohan pengganas di Lahad Datu.

Penghargaan ini adalah satu pengiktirafan kepada penjawat awam atas perkhidmatan mereka kepada negara, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kira-kira 1.4 juta penjawat awam termasuk polis dan Angkatan tentera, akan menerima antara RM80 dan RM320, sebagai sebahagian daripada kenaikan gaji tahunan mereka, berkuat kuasa 1 Julai.

"Dengan kenaikan gaji mereka, kita berharap ia akan memberi lebih motivasi kepada penjawat awam, polis dan tentera untuk berkhidmat kepada negara dengan penuh dedikasi dan komitmen," kata Lam Thye. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment