My Add

Tuesday 19 March 2013

Kenyataan Nallakaruppan tolak pemimpin biseksual disokong

KENINGAU, ISNIN, 18 Mac, 2013: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi menyokong kenyataan Ahli Dewan Negara, Senator Datuk S. Nallakaruppan bahawa rakyat negara ini perlu menolak pemimpin yang mengamalkan aktiviti biseksual untuk menjadi perdana menteri.

Tegas beliau, amalan biseksual sangat bertentangan dengan agama apatah lagi jika diamalkan di negara ini kerana ia boleh mendatangkan kemusnahan kepada tamadun bangsa.

"Pemimpin seperti ini tidak boleh menjamin pembentukan negara yang bertamadun tinggi. Tanpa kompromi, kita mesti menolak pemimpin yang mengamalkan biseksual," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nallakaruppan berhubung isu tersebut dalam Mingguan Malaysia semalam.

Semalam, Nallakaruppan berkata, rakyat wajar menolak sesiapa sahaja yang terbabit dalam perbuatan tidak bermoral seperti biseksual kerana perbuatan itu bertentangan dengan nilai agama dan moral.

Tambah beliau lagi, di negara luar termasuk Amerika Syarikat dan Britain sendiri akan memastikan calon-calon yang bertanding jawatan perdana menteri atau presiden mempunyai latar belakang yang bersih.

Dalam pada itu, Mohd. Puad turut menyelar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana hanya berdiam diri berhubung cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat kes pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna.

"Daripada beliau menyanyikan lagu (tanya sama Najib) dalam ceramah-ceramahnya, beliau (Anwar) kena jawab macam mana tahu seolah-olah ada 'penceroboh' di Sabah.

"Dia tak boleh nafikan bahawa dia pernah menemui Nur Misuari, malah, kerajaan Filipina juga mengatakan bahawa ada pihak yang mendalangi insiden di Lahad Datu," ujarnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment