My Add

Monday 11 March 2013

Kenyataan Tian Chua benar seperti disiarkan

PETALING JAYA, AHAD, 10 Mac, 2013: Editor portal rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Keadilan Daily, Fazallah Pit mendakwa kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Tian Chua yang menyatakan insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo, Sabah, merupakan satu konspirasi UMNO seperti yang disiarkan di dalam portal itu adalah benar.

Fazallah yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya hari ini berkata, wartawan yang menulis berita itu, Aisha Geoffry menghubungi sendiri Tian Chua dan membuat laporan berdasarkan kenyataan ahli politik tersebut.

Fazallah berkata, kenyataan yang telah dibuat dalam konteks sebelum dua anggota pasukan keselamatan ditembak mati iaitu pada 1 Mac lalu itu bagaimanapun telah dimanipulasikan oleh para penulis blog sehingga memberi pemahaman yang berbeza kepada pembaca. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment