My Add

Tuesday 5 March 2013

Kerajaan akan tetap pertahan kalimah Allah - PM

KUALA LUMPUR, SELASA, 05 Mac, 2013: Kerajaan akan tetap mempertahan kalimah Allah selaras dengan prinsip yang terkandung dalam Maqasid Syariah atau objektif syariah dalam Islam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, lima perkara yang terangkum dalam Maqasid Syariah iaitu memelihara dan menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta - ialah juga perkara-perkara yang diperjuangkan kerajaan.

Malah, katanya, berdasarkan kajian antara negara-negara Islam di dunia dari segi pematuhan kepada prinsip-prinsip Maqasid Syariah, mengikut para ulama, Malaysia berada antara tempat tertinggi dalam memperjuang objektif-objektif berpandukan kepada Maqasid Syariah.

"Kita ambil dalam soal agama, mempertahankan akidah, mempertahankan kesucian agama Islam, mempertahankan kalimah Allah, ini diperjuangkan oleh Al-Quran.

"Kita tak main politik dalam hal ini... satu ketika setuju dengan orang lain, selepas itu pusing balik tak setuju... Kita istiqamah dalam hal kalimah Allah.

Kerajaan yang ada pada hari ini, tetap akan mempertahankan kalimah Allah," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis Perhimpunan Perdana Ulama-Umara dan Asnaf di Stadium Putra Bukit Jalil di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment