My Add

Tuesday 26 March 2013

Kerajaan dicadang bina tugu peringatan untuk wira terkorban

LAHAD DATU, ISNIN, 25 Mac, 2013: Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi mencadangkan supaya kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan membina tugu peringatan kepada wira negara yang terkorban dalam krisis pencerobohan di Sabah.

"Tugu ini akan menjadi peringatan kepada rakyat, terutama di negeri ini mengenai betapa pentingnya keamanan dan kedaulatan negara harus dijaga oleh kita semua.

"Ia juga untuk menghargai jasa pasukan keselamatan yang bertarung nyawa untuk mempertahankan negara daripada kumpulan pengganas Kiram yang cuba merampas negeri ini," katanya kepada Bernama.

Beliau turut mencadangkan agar tugu peringatan itu dibina sama ada di kawasan Tanjung Batu atau di Felda Sahabat.

Salleh berkata, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan negeri Sabah untuk mewartakan satu kawasan khas bagi pembinaan tugu itu.

Krisis pencerobohan kumpulan pengganas Kiram sejak 2 Februari lepas mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan terdiri daripada lapan anggota polis dan dua tentera. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment