My Add

Tuesday 26 March 2013

Kerajaan isytihar ESSZONE di timur Sabah berkuatkuasa hari ini: Najib

KUALA LUMPUR, ISNIN, 5 Mac, 2013: Kerajaan mengisytiharkan kewujudan Zon Selamat Malaysia Timur (ESSZONE) di timur Sabah yang merangkumi 10 daerah.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perbarisan dan perarakan sempena Hari Polis di PULAPOL, sebentar tadi.

Najib berkata, 10 daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Titas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Di bawah ESSZONE itu membolehkan kerajaan menempatkan semula mana-mana kumpulan, khususnya pendatang tanpa izin atau yang tidak bernegara, ke suatu kawasan selamat dan sesuai yang akan ditentukan oleh kerajaan.

"Sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dan bagi memelihara hak demokratik serta proses demokrasi untuk penduduk Sabah serta mengukuhkan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan di kawasan timur Sabah, saya dengan ini mengumumkan, setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong seperti mana yang diperuntukkan di bawah Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962, mengisytiharkan pewujudan ESSZONE di kawasan timur Sabah merangkumi 10 daerah.

"Sepuluh daerah ini akan ditadbir oleh satu jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Peraturan-peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri," katanya.

Najib berkata, jawatankuasa dikenali Jawatankuasa Zon Selamat Sabah Timur akan dipengerusikan Ketua Menteri Sabah dan dibantu seorang ketua pegawai eksekutif serta anggota-anggota yang akan diumum kelak. - BH

No comments:

Post a Comment