My Add

Tuesday 12 March 2013

Kerajaan komited pastikan pilihan raya adil, bebas

KUALA LUMPUR, SELASA, 12 Mac, 2013: Datuk Seri Najib Razak menegaskan kerajaan komited terhadap usaha mengukuhkan proses pilihan raya di negara ini dan memberi jaminan akan melakukan apa saja bagi memastikan objektif itu tercapai.

Perdana menteri berkata, buat pertama kalinya kerajaan memperkenalkan penggunaan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Pada masa sama, beliau berkata, rakyat Malaysia yang berada di luar negara turut dibenarkan menyertai proses pilihan raya di negara dan menunaikan tanggungjawab mereka dengan membuang undi pada PRU-13.

“Kami membuat pertimbangan terhadap beberapa tuntutan (yang dikemukakan) daripada pelbagai kumpulan, dan sebahagian besar daripadanya dilaksanakan. Antaranya. tujuh daripada lapan tuntutan BERSIH dilaksanakan,” katanya ketika menjawab soalan Razif Mohd Razali dari Georgetown di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata demikian ketika program Perbualan Bersama PM di TV3 anjuran akhbar New Straits Times di Seri Pentas. - BH

No comments:

Post a Comment