My Add

Tuesday 26 March 2013

Kerajaan lulus pelaksanaan skim insurans berkelompok anggota polis

KUALA LUMPUR, ISNIN, 25 Mac, 2013: Kerajaan bersetuju meluluskan pelaksanaan skim insurans berkelompok dalam rangka mempertingkatkan kebajikan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan memanfaatkan seramai 112,145 pegawai dan anggota polis ketika ini.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis perbarisan dan perarakan sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-206 bertemakan ‘Komuniti Sejahtera Komitmen Kami’ di Pusat Latihan Polis(PULAPOL) di sini, sebentar tadi. - BH


No comments:

Post a Comment